Nuffnang Ads

Monday 6 January 2014

Tips Sihat - Kesan kekurangan Kalsium - Undang Masalah Otot dan Saraf

Dalam penjagaan kesihatan tulang, selalunya ia dikaitkan dengan kalsium yang cukup. Golongan remaja  dan dewasa sering mengalami masalah kekurangan kalsium dalam badan disebabkan tidak mengendahkan kebaikan minum susu atau produck tenusu yang lain. Ia berlaku kerana mereka sendiri tidak tahu betapa besarnya peranan kalsium untuk pertumbuhan tulang yang sihat.

KALSIUM MINERAL TERBESAR DALAM TUBUH
Tulang dan gigi mengandungi 99% kalsium manakala 1% lagi terkandung di dalam aliran darah. Walaupun jumahnya cuma 1% tetapi jika kekurangan, otot akan mengalami masalah, darah sukar untuk membeku atau saraf terganggu.

Kitaran untuk mendapatkan keperluan kalsium sebanyak 1%  ini cukup mudah. Ia diperolehi  daripada sumber makanan yang anda makan tiada mempunyai kalsium yang cukup untuk keperluan tubuh. Kitaran yang mudah inilah lama kelamaan boleh menyebabkan anda mengalami masalah pereputan tulang dengan kadar yang lebih cepat.

Menurut kajian, pertumbuhan tulang boleh berlaku sehingga anda berumur 20 tahun. Walaupun masalah kekurangan jisim tulang lebih kerap berlaku kepada wanita, lelaki juga tidak terkecuali. Cuma lelaki mengalaminya pada kadar lebih perlahan berbanding wanita.

Secara umumnya, wanita dan lelaki mula menghadapi kehilangan jisim tulang sebaik mencecah umur 50 tahun.

Diet harian mungkin tidak mampu menampung keperluan kalsium setiap hari. Namun, ada cara yang cukup mudah untuk memastikan anda menikmati keperluan tersebut iaitu dengan meminum dua gelas susu berkalsium tinggi setiap hari.




KESAN KEKURANGAN KALSIUM
1- OSTEOPOROSIS
Kepadatan tulang dalam tubuh badan bergantung kepada jumlah kalsium yang anda ambil Jika sumber kalsium yang anda ambil setiap hari mencukupi, masalah kerapuhan tulang pasti tidak mudah berlaku, Jika tidak pasti terdapat gangguan di dalam metabolisme tulang menjadikannya mudah rapuh.

2- MASALAH OTOT
Kesakitan otot tulang boleh berlaku jika anda kekurangan kalsium. Pergerakkan anda menjadi tidak normal kerana kehilangan keseimbangan dan kenolehan koordinasi kerana gerakan tubuh bergantung pada stimulasi otot tulang.

3- DAYA INGATAN SEMAKIN BERKURANGAN
Ion kalsium sangat penting ketika proses penghantaran maklumat saraf. Ransangan pada saraf otak berkait rapat dengan penghantaran ion kalsium di dalam dan di luar neuron. Ia ssecara tidak langsung boleh menyebabkan hambatan mekasnisme ransangan dalam tubuh menjadi tidak teratur.

4- KURANG SISTEM IMUNISASI TUBUH
Kekurangan kealsium juga boleh menyebabkan sistem kekebalan tubuh berkurangan. Secara tidak langsung, anda lebih mudah terdedah pada jangkitan penyakit.

5- MASALAH JANTUNG
Fungsi jantung dan sumber tenaga yang diperolehi untuk bekerja juga turut dipengaruhi oleh sumber kalsium. Jika ia tidak mendapat sumber tenaga yang cukup , ia pasti menghadapi masalah untuk mengepam darah ke seluruh badan dan sel tubuh.


**Info**
Golongan berisiko
  • Komposisi tulang membabitkan 10% protein, 65 garam mineral seperti kalsium serta fosforus, 25% air serta sedikit magnesium, sodium dan bikarbonat.
  • Pastikan nutrien keperluan tulang dipenuhi iaitu kalsium, vitamin D, protein, magensium, zink dan vitamin K1.
  • Masalah tulang kurang padat berlaku apabila seseorang mengalami kekurangan tisu berkalsium dan protein, menyebabkan ia lemah serta mudah retak.

  • Kadar kehilangan tulang paling cepat berlaku, iaitu antara 3-5%, dalam masa 5-7 tahun pertama selepas menopaus.

No comments: