Abullaits Assmarqandi menafsirkan sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud: "Seseorang mukmin meskipun ada kalanya mewah dan nikmat, tetapi jika dibandingkan dengan nikmat dan kemewahan yang disediakan untuknya di syurga, maka seolah-olah dia berada dalam penjara (di dunia), sebab seseorang jika mati dan diperlihatkan kepadanya syurga dan kemuliaan yang ada di dalamnya, dia sedar bahawa selama di dunia seolah-olah dia berada dalam penjara. Sedangkan seorang kafir jika mati dan diperlihatkan kepadanya hukuman-hukuman dalam neraka, maka dia merasa bahawa dianya tadi berada dalam 'syurga'. Kerana itu seseorang yang berakal tidak akan merasa gembira dalam penjara dan tidak akan mencari kesenangan dalam penjara.
Maka seseorang yang berakal harus memperhatikan apa yang telah dijelaskan Allah mengenai dunia dalam ayat-ayat Quran, sebab dalam ayat Quran dan sabda Nabi s.aw. cukup perumpamaan yang jelas supaya orang-orang mukmin jangan tertipu oleh dunia."
No comments:
Post a Comment