Boleh dikatakan saban hari berita mengenai gadis remaja lari dari rumah disiarkan di dada-dada akhbar. Mereka lari sama ada mengikut kekasih, merajuk dengan ahli keluarga atau mahu lari dari masalah. Salah satu kes lari dari rumah ialah berlaku pada dua bulan lalu apabila sepasang kembar perempuan lari bersama kawannya ke Pulau Pinang semata-mata mahy berjumpa teman lelaki. Mereka berusia di bawah 15 tahun dan setelah siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa mendapati remaja-remaja perempuan tersebut turut dirogol dan teman lelaki mereka telah diberkas polis.
Kebanyakkan remaja yang lari dari rumah, setelah berita, mereka disiarkan di akhbar dan telah ditemui oleh kaum keluarga, masing-masing menunjukkan penyesalan yang teramat atas perbuatan itu. Terpapar di akhbar, mereka mencium tangan kedua-dua ibu bapa tanda minta maaf. Ada yang menerima nasib mendukacitakan setelah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah. Hidup sengsara, kene rogol, ditipu dan sebagainya. Mengapa perkara ini tidak dijadikan iktibar kepada remaja lain kerana kes sebegini masih berulang?
Beberapa tahun yang lepas, ada kawan lama mengadu, adik bongsunya yang berusia18 tahun lari dari rumah. Puas mencari di segenap pelosok negara, namun tiada perkhabaran. Akhirnya kerana tidak tahan hidup di Singapura, si gadis menghantar SMS kepada abangnya meminta dibawa pulang. Terkejut seisi keluarga apabila mengetahui si gadis itu bekerja sebagai GRO di sebuah kelab ekslusif di sana.
Moral dari kisah sebegini, Kak A ingin menasihati remaja-remaja sekalian supaya bijaklah dalam bertindak.
Naluri remaja memang cepat memberontak dan mudah terpengaruh. Namun itu bukan alasan ang relevan untuk lamu bertindak melulu tanpa berfikir implikasi yang bakal dihadapi kelak. Berfikirlah hari ini untuk hari esok. Jangan terlalu ikut hati, nanti diri kamu sendiri yang rugi. Ingat,
menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.